Duit merupakan satu perantara bagi ekonomi moden. Peranan duit semakin penting dari hari ke sehari. Di masa lampau negara memiliki cukup tanah untuk setiap warganya. Senario ini menyebabkan duit kurang penting. Penggunaannya pula terhad kepada pembelian tanah, pakaian dan kenderaan (basikal). Apabila setiap warga memiliki tanah, keperluan asas seperti makanan boleh diperolehi secara bercucuk tanam manakala Ikan, ayam dan kambing diternak. Itu yang diceritakan oleh bapa saya dimasa beliau kecil. Maknanya, duit kurang penting kerana penggunaannya terhad disamping keperluan serta kehendak mereka adalah berbeza.
Kini semuanya sudah berubah. Keadaan ekonomi memaksa rakyatnya berbelanja kerana setiap keperluan asas perlu di beli. Begitu juga dengan bil-bil dimana dimasa lampau ianya tidak wujud. Tiada bil air, elektrik, telefon, internet, astro dan sebagainya. Mereka mandi di perigi dan sungai, menonton wayang kulit untuk berhibur dan bermain wau dimasa lapang. Mereka juga bersilat untuk kesihatan disamping ia merupakan persediaan kepada keselamatan diri, keluarga dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan tong gas kerana mereka menggunakan dapur kayu. Bayangkan perasaan jiran kita sekiranya kita menggunakan dapur kayu kini. Asap yang berkepul-kepul ditiup pula oleh angin ke rumah jiran. Wah! pasti marah dibuatnya. Yelah, kini kita duduk pangsapuri manakala di zaman dahulu jarak antara rumah agak jauh, jadi tiada isu.
Kad kredit pula umpama pisau yang tajam, ianya sangat berguna. Namun mampu menambah masalah bagi yang kurang arif dalam menguruskannya.
Hakikatnya, ini merupakan senario ekonomi yang harus kita terima kini. Ingat! jangan cuba ubah perkara yang mustahil untuk diubah.
Duit buat duit mampu membantu dalam mendepani ekonomi moden. Ianya penting dalam memastikan keperluan persaraan mencukupi. Instrumennya pula pelbagai bergantung kepada tahap risiko. Maka memilih instrumen yang bersesuaian dengan keperluan kita adalah satu perkara yang perlu. Antara instrumen itu adalah simpanan biasa, tetap, unit amanah dan saham.
Dalam mengharungi ekonomi moden, mahu atau tidak kita harus menerima hakikat dimana kita perlu menggunakan instrumen ini untuk kelangsungan hidup.
Jadi dimana harus kita bermula?
Isnin, Mei 11, 2009
SIRI 1 - Duit Buat Duit : Satu Keperluan Dalam Mendepani ekonomi Mendatang.
Ditulis Oleh :
redzuan ayub
TOPIK :
Duit
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan