Ini merupakan peraturan yang paling mudah. Kita kena hidup dalam bajet. Kerap memantau dan mengawal perbelanjaan sehingga kita mampu mengadakan simpanan secara berkala, dimana simpanan ini berpotensi ditingkatkan melalui pelbagai jenis instrumen pelaburan. Berbelanja kurang dari pendapatan bulanan, bukanlah bererti kita tidak boleh sama sekali menikmati kehidupan. Jika kita tidak mampu membawa keluarga makan di luar setiap hari atau minggu cubalah sekali sebulan.
Sebenarnya apa yang penting adalah mempunyai ilmu asas dalam menguruskan simpanan dan mampu mengawalnya. Perkara asas yang wajib diketahui adalah pendapatan kita dan kemana ia dibelanjakan.
Kebanyakan kita sering tersalah langkah bukan kerana mempunyai pendapatan kecil atau berbelanja berlebihan. Keduanya adalah mudah sekiranya dianalisa. Apa yang menjadi masalah terbesar adalah kita tidak mengetahui apa yang kita buat dengan duit yang diterima dan apakah status kewangan semasa.
Bagi saya ia satu perkara yang sukar dalam memantau status kewangan diri. Namun jika kita konsisten melakukannya saya pasti kita akan menikmatinnya kelak.
Apa yang penting adalah usaha kita memantau apa yang kita perolehi dan apa yang kita belanjakan, kemana duit kita bazirkan dan di mana ia disimpan.
Akhir sekali, berbelanjalah dengan bijak dan terancang kerana terdapat pelbagai godaan diluar sana. Jualan murah, jualan musim perayaan, jualan akhir tahun dan pelbagai lagi. Saya rasa anda lebih arif.
Rabu, Mei 13, 2009
Peraturan 1 : Berbelanja Kurang Dari Pendapatan Diterima
Ditulis Oleh :
redzuan ayub
TOPIK :
Nasihat Kewangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan