"Memilih untuk tidak memilih" - myself
Bersyukur kita kepada Allah S.W.T mengizinkan kita memilih dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Disinilah letaknya keagungan Allah S.W.T. menjadikan manusia khalifah di muka bumi ini. Manusia berbeza dengan haiwan kerana akal. Akal ini yang dapat menentukan apa yang ingin dipilih. Adakah seekor lembu mempunyai pilihan dalam menentukan menu makanannya?
Walaupun terkadang kita memilih perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T secara sedar atau tidak namun nikmat dan rezeki yang diberi tidak dikuranginya. Kitalah manusia yang sifatnya mudah lupa. Semoga kita diampunkan oleh Allah S.W.T. Maka berusahalah memilih jalan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan bertaqwalah kepadanya.
Jika kita amati setiap kejadian Allah S.W.T ianya berpasang-pasangan dimana sifatnya berlawanan dan memerlukan antara satu sama lain.
Cantik pasangannya hodoh, Baik pasangannya jahat, lemah pasangannya kuat dan seterusnya. Nah di sini kita telah diberi kebenaran untuk memilih? Sewajarnya kita menggunakannya dengan penuh tanggungjawab.
Begitu juga dengan kehidupan beragama. Jalan yang lurus atau yang sesat. Kita diberi pilihan dan kita bertanggungjawab ke atas pilihan kita. Berusahalah mencari jalan yang lurus kerana jalan yang sesat adalah sia-sia.
Setelah membuat ketetapan dalam memilih maka "memilih untuk tidak memilih" akan menjadikan kita seorang yang bersyukur kerana kita tidak akan menyalahkan sesiapa dalam setiap perkara yang telah kita lakukan.
Jangan jadi manusia yang "memilih untuk memilih-milih" kerana pasti akan ada banyak alasan sebelum, semasa dan selepas membuat pilihan.
Bak kata pepatah "Rumah Siap pahat berbunyi".
Isnin, Mei 04, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan