Inflasi adalah perkara yang tidak boleh diubah.
Ia bersifat tetap dan mampu menghakis tabungan kita, terutama tabungan persaraan kelak.
Harus kita fahami perkara yang tetap amat mustahil untuk diubah.
Sebagai contoh bolehkah kita meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia mengubah soalan mengikut selera kita. Soalan adalah bersifat tetap. Dalam senario ini menjawab sebaik mungkin merupakan jalan yang terbaik.
Sewajarnyalah dalam meningkat dan mempertahankan tabungan persaraan dari dihakis inflasi haruslah ada analisis, pelan serta pemantauan agar kesannya dapat dikurangkan.
Gunalah instrumen-instrumen yang berpotensi meningkatkan tabungan dan ketahui risikonya. Jangan takut mengambil risiko kerana berdiri tegak tidak membawa anda ke mana-mana.
Malah anda mungkin letih dan kebosanan. Sekiranya bergerak pasti banyak yang dapat dilihat. Permandangan yang indah pasti mencambahkan banyak idea dalam meningkatkan tabungan.
Sekarang anda yang tentukan berdiri tegak atau sebaliknya.
Inflasi tetap meningkat.
Oleh sebab itu, apabila membincangkan kesan inflasi teringat kata-kata ibuku semasa kecil, dimana di masa lampau nasi lemak berharga 10 sen ... sekarang barulah aku tahu mengapa fenomena ini berlaku. Yang pasti ia akan terus berlaku tanpa menunggu sesiapa. Maka yang nak berdiri, tunggu silakan. Tiada yang mencegah dan melarang. Manakala yang ingin bergerak pastikan belajar bertatih dahulu kemudian berjalan dan seterusnya berlari.
Inflasi oh inflasi. Tetap dan membisu bagai musuh dalam selimut. Terasa duit penuh ditangan tetapi kuasa semakin berkurangan. Terasa kaya duit ada beribu-ribu walhal bepuluh-puluh sahaja kalau dipegang oleh datuk di masa lampau.
Inflasi oh inflasi. Engkau lebih berkuasa atau kita. Lawan tetap lawan. Mesti ada usaha.
Yang kuat pasti menang.
Belajarlah mengambil sedikit risiko.
Di mana hendak bermula?
Apa kata belajar memahami apa yang boleh disumbangkan oleh Unit amanah dalam melawan hakisan inflasi.
Rabu, April 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan