Khamis, April 30, 2009

Makna Kuasa Beli

kuasa beli bermakna keupayaan seseorang dengan sejumlah wang membeli sesuatu barang.

Secara mudahnya, harga bertambah dan berkurang bergantung kepada kadar inflasi, permintaan dan R&D terkini.
Kadar inflasi dan permintaan agak sukar dibendung oleh kita secara individu. Sebagai contoh kalau harga gula naik takkan boikot minum air bergula. Berapa lama kita boleh tahan? Individu berseorangan pasti gagal menyelesaikan masalah yang bersifat majmuk.

R&D terkini pula membantu menurunkan harga barang. Apabila muncul barang terkini barang lama akan dijual dengan harga yang lebih murah. Ini adalah disebabkan kos sebenar adalah murah yang menyebabkan ianya mahal adalah upah R&D sesebuah barang. Maka kepada sesiapa yang ingin berjimat dalam memiliki gadget tunggu masa yang sesuai.

Apa yang pasti, kuasa beli terhadap barang keperluan akan berkurang. Ini akan menimbulkan masalah semasa persaraan kelak. Sudah pasti nilai tabungan sekarang tidak sama semasa bersara kelak.

Dulu rumah di KL sekitar RM 25,000.00 je tetapi sekarang harganya mencecah sehingga RM 250,000.00

Kenapa ye?

Rabu, April 29, 2009

Inflasi Ianya Bersifat Tetap

Inflasi adalah perkara yang tidak boleh diubah.
Ia bersifat tetap dan mampu menghakis tabungan kita, terutama tabungan persaraan kelak.
Harus kita fahami perkara yang tetap amat mustahil untuk diubah.

Sebagai contoh bolehkah kita meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia mengubah soalan mengikut selera kita. Soalan adalah bersifat tetap. Dalam senario ini menjawab sebaik mungkin merupakan jalan yang terbaik.

Sewajarnyalah dalam meningkat dan mempertahankan tabungan persaraan dari dihakis inflasi haruslah ada analisis, pelan serta pemantauan agar kesannya dapat dikurangkan.

Gunalah instrumen-instrumen yang berpotensi meningkatkan tabungan dan ketahui risikonya. Jangan takut mengambil risiko kerana berdiri tegak tidak membawa anda ke mana-mana.

Malah anda mungkin letih dan kebosanan. Sekiranya bergerak pasti banyak yang dapat dilihat. Permandangan yang indah pasti mencambahkan banyak idea dalam meningkatkan tabungan.

Sekarang anda yang tentukan berdiri tegak atau sebaliknya.
Inflasi tetap meningkat.

Oleh sebab itu, apabila membincangkan kesan inflasi teringat kata-kata ibuku semasa kecil, dimana di masa lampau nasi lemak berharga 10 sen ... sekarang barulah aku tahu mengapa fenomena ini berlaku. Yang pasti ia akan terus berlaku tanpa menunggu sesiapa. Maka yang nak berdiri, tunggu silakan. Tiada yang mencegah dan melarang. Manakala yang ingin bergerak pastikan belajar bertatih dahulu kemudian berjalan dan seterusnya berlari.

Inflasi oh inflasi. Tetap dan membisu bagai musuh dalam selimut. Terasa duit penuh ditangan tetapi kuasa semakin berkurangan. Terasa kaya duit ada beribu-ribu walhal bepuluh-puluh sahaja kalau dipegang oleh datuk di masa lampau.

Inflasi oh inflasi. Engkau lebih berkuasa atau kita. Lawan tetap lawan. Mesti ada usaha.
Yang kuat pasti menang.

Belajarlah mengambil sedikit risiko.
Di mana hendak bermula?
Apa kata belajar memahami apa yang boleh disumbangkan oleh Unit amanah dalam melawan hakisan inflasi.

Engkaulah Yang Dicari

Duit
Ia membuatkan dunia makmur ...
Ia bertenaga... Insan malas menjadi cergas ...

terkadang ia menjauh tak kelihatan ... mengundang nestapa ...
terkadang tak sempat dikira kerana banyaknya ...

duit perosak keluarga, agama dan bangsa ...
namun duit mampu membahagiakan alam seisinya ...

orang bergaduh kerananya ...
orang membenci kerananya ...
pembunuhan di sana-sini ... tidak berhenti ...
peragut bermaharajalela ... menjadi-jadi ...
Duit ... oh Duit ... Engkaulah puncanya ...

Duit halal pasti ada yang haram ...
Yang jahat dinamakan rasuah ...
yang baik dinamakan sedekah ...
Tapi politik wang di mana letaknya? ...

apapun juga ...
kita insan yang dikurniakan Allah S.W.T akal ...
berusahalah mencari duit yang halal ...
agar membahagiakan semua yang menikmatinya ...
di dunia dan akhirat ...

duit ... oh duit ... ceritanya pasti tak habis ...
semua insan pasti berhubung dengannya ...
berbaiklah dengannya ...
atau berkasarlah dengannya ...

Kita yang tentukan ...
pasti duit penentu persaraan ...
Ganjaran di masa hadapan,

Dari perkara yang dilakukan kini ...

Duit ... oh Duit ... bersediakah kita?
menampung kehidupan di hari persaraan ...

Redzuan Ayub

Matlamat Blog ini ... mengurus tabungan

Bismillahirahmanirahim....
assalamualaikum kepada semua bakal pesara ....

Atas niat untuk membantu membina asas tabungan diri yang kukuh, maka terwujudlah blog ini.

Disamping mendidik diri, diharap ilmu ini akan membantu saudara di luar sana. Yang baik pastinya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari saya sendiri.

Memahami konsep wang, inflasi, harga dan nilai memudahkan kita menguruskan kewangan semasa bagi menuju asas tabungan yang kukuh di masa persaraan kelak.

Semoga segala perkara yang disampaikan akan memberi manfaat kepada kita semua.

Ingatlah masa yang paling sesuai untuk kita bermula adalah sekarang!!!!! Jangan bertangguh ...

Jika tidak, pasti kita bangun keesokan hari dengan tabungan yang hanya cukup untuk beberapa tahun ...

Rancanglah sekarang dan istiqamah, semoga kita akan menikmatinya.
Ingatlah, setiap perkara haruslah mematuhi prinsip syariah kerana perkara yang bertentangan dengan agama adalah rugi dan sia-sia.

"Someone's sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago" - Warren Buffet

Jadilah orang yang menanam pokok ... Insaallah.

Assalamualaikum ...
Redzuan Ayub