Ahad, September 06, 2009

Duit .... Merdekakah Kita ???

Terlupakah kita.... Atau kita buat-buat lupa...
Atau kita tak sedar akan kelupaan kita...
Erti kemerdekaan...

Masih adakah saki-baki hutang kita...
Kereta... Motor... Rumah... dan apa saja...
Merdekakah Kita????

Gembira, Bangga dan Selesa berada di negara merdeka...
bumi yang bertuah... Buat semua warganya....
Negara sudah merdeka.... Kita?

Kita terlupa... Kita alpa... Kita lalai... Kita leka... dan....
Kita teruja...
Dengan segala isinya...
Keseronokannya....

Lalu kita membina segunung hutang...
Bak kata orang perak "Biar Pape Asal Bergaye"...
Kita terlupa kereta yang dipakai masih hak bank...
Rumahpun hak bank...
oooohhhhhh....... kita betul-betul terlupa...

kini kita tersedar....
Kita Sudah merdeka ke?

Tersenyum nampak...... :)
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

Khamis, Ogos 27, 2009

Duit dan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan menjengah lagi
Bulan Rahmat
Bulan ibadat
Bulan yang penuh kesyukuran

Bulan buat duit
Bulan habiskan duit
Bulan duit, duit, duit ....

Bulan penuh kuih muih
Bulan Murtabak menjelma
Enaknya.... tak sabar tunggu berbuka ...

Duit dan ramadhan
ramadhan dan duit
aku insaf ...

duit dan pasar ramadhan
pasar ramadhan dan duit
aku insaf ...

duit dan kuih raya
kuih raya dan duit
aku insaf ...

duit dan baju raya
baju raya dan duit
aku insaf ...

aku hayati
aku fahami
aku insafi

apapun ...
agar tabungan menjadi banyak
tak kira masa
istiqamah yang pasti ...

salam ramadhan ..

Khamis, Ogos 06, 2009

Set Goals

"Set concrete goals. Know when you want to buy a new home, when you want to retire, and how much you are expecting each to cost you". Good Advise

Sabtu, Mei 23, 2009

Kad Kredit Umpama Pisau Tajam. Sangat Berguna Tapi Awas Ia Juga Boleh Membinasakan Tuannya.

"Pay all credit card balances in full each month. Leaving a balance on a credit card account will leave you susceptible to a very high APR. You may as well be throwing cash into the fireplace". - Good Advise

Selasa, Mei 19, 2009

Kad Kredit Bagus Kepada Orang Yang Memiliki Putaran Perbelanjaan Yang Mencukupi.

"Pay off your credit card debt. Credit card debt is usually the debt with the most interest. So pay it off first. Better yet, don't accumulate it in the first place". - Good Advise

Isnin, Mei 18, 2009

Meminjam Pun Mesti Ada Had

"Borrow no more than 30% of your available credit. Borrow any more, and your credit score won't look too good". - Good Advise

Saya kena ikut nasihat ni.

Sabtu, Mei 16, 2009

Kerjaya yang Berpendapatan Lebih Tinggi

"Don't major in English. If you love studying English, there's nothing wrong with that. Just be aware that English majors generally don't earn very much. Six of the top ten list of majors with the highest salaries are engineering majors, with chemical engineering topping the list". - Good Advise

Khamis, Mei 14, 2009

Jangan Malu Berkira. Minta Gaji Yang Bersamaan Dengan Tanggungjawab serta Pengalaman.

"Ask for a raise. Use the Salary Wizard Calculator to see if you're making as much as you should. If not, consider asking for a raise, especially if you've been at the company for more than a year". - Good Advise

Rabu, Mei 13, 2009

Peraturan 1 : Berbelanja Kurang Dari Pendapatan Diterima

Ini merupakan peraturan yang paling mudah. Kita kena hidup dalam bajet. Kerap memantau dan mengawal perbelanjaan sehingga kita mampu mengadakan simpanan secara berkala, dimana simpanan ini berpotensi ditingkatkan melalui pelbagai jenis instrumen pelaburan. Berbelanja kurang dari pendapatan bulanan, bukanlah bererti kita tidak boleh sama sekali menikmati kehidupan. Jika kita tidak mampu membawa keluarga makan di luar setiap hari atau minggu cubalah sekali sebulan.

Sebenarnya apa yang penting adalah mempunyai ilmu asas dalam menguruskan simpanan dan mampu mengawalnya. Perkara asas yang wajib diketahui adalah pendapatan kita dan kemana ia dibelanjakan.
Kebanyakan kita sering tersalah langkah bukan kerana mempunyai pendapatan kecil atau berbelanja berlebihan. Keduanya adalah mudah sekiranya dianalisa. Apa yang menjadi masalah terbesar adalah kita tidak mengetahui apa yang kita buat dengan duit yang diterima dan apakah status kewangan semasa.
Bagi saya ia satu perkara yang sukar dalam memantau status kewangan diri. Namun jika kita konsisten melakukannya saya pasti kita akan menikmatinnya kelak.
Apa yang penting adalah usaha kita memantau apa yang kita perolehi dan apa yang kita belanjakan, kemana duit kita bazirkan dan di mana ia disimpan.
Akhir sekali, berbelanjalah dengan bijak dan terancang kerana terdapat pelbagai godaan diluar sana. Jualan murah, jualan musim perayaan, jualan akhir tahun dan pelbagai lagi. Saya rasa anda lebih arif.

Selasa, Mei 12, 2009

Sambil Menyelam Minum Air.

" Help Yourself & Others : It is one of the most beautiful compensations of life that no man can sincerely try to help another without helping himself " - Ralph Waldo Emerson

Ini merupakan satu hakikat kelangsungan hidup setiap insan dimuka bumi ini. Apa yang penting amal makruf nahi mungkar.

Senario 1 - Ustaz
Ustaz mengajar ilmu agama disamping beramal dengan ilmu yang diajar.

Senario 2 - Saya
Belajar dan mengajar ilmu berkaitan faedah menabung dimana ilmu ini kemudiannya disebar kepada orang ramai. Ambil yang baik dan bermanfaat sahaja. Mengajak orang ramai membeli unit amanah yang mematuhi prinsip syariah.

Kedua-dua senario ini adalah sama, menolong orang ramai sambil membantu diri sendiri.
- Amal makruf nahi mungkar.

Isnin, Mei 11, 2009

SIRI 1 - Duit Buat Duit : Satu Keperluan Dalam Mendepani ekonomi Mendatang.

Duit merupakan satu perantara bagi ekonomi moden. Peranan duit semakin penting dari hari ke sehari. Di masa lampau negara memiliki cukup tanah untuk setiap warganya. Senario ini menyebabkan duit kurang penting. Penggunaannya pula terhad kepada pembelian tanah, pakaian dan kenderaan (basikal). Apabila setiap warga memiliki tanah, keperluan asas seperti makanan boleh diperolehi secara bercucuk tanam manakala Ikan, ayam dan kambing diternak. Itu yang diceritakan oleh bapa saya dimasa beliau kecil. Maknanya, duit kurang penting kerana penggunaannya terhad disamping keperluan serta kehendak mereka adalah berbeza.

Kini semuanya sudah berubah. Keadaan ekonomi memaksa rakyatnya berbelanja kerana setiap keperluan asas perlu di beli. Begitu juga dengan bil-bil dimana dimasa lampau ianya tidak wujud. Tiada bil air, elektrik, telefon, internet, astro dan sebagainya. Mereka mandi di perigi dan sungai, menonton wayang kulit untuk berhibur dan bermain wau dimasa lapang. Mereka juga bersilat untuk kesihatan disamping ia merupakan persediaan kepada keselamatan diri, keluarga dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan tong gas kerana mereka menggunakan dapur kayu. Bayangkan perasaan jiran kita sekiranya kita menggunakan dapur kayu kini. Asap yang berkepul-kepul ditiup pula oleh angin ke rumah jiran. Wah! pasti marah dibuatnya. Yelah, kini kita duduk pangsapuri manakala di zaman dahulu jarak antara rumah agak jauh, jadi tiada isu.
Kad kredit pula umpama pisau yang tajam, ianya sangat berguna. Namun mampu menambah masalah bagi yang kurang arif dalam menguruskannya.

Hakikatnya, ini merupakan senario ekonomi yang harus kita terima kini. Ingat! jangan cuba ubah perkara yang mustahil untuk diubah.

Duit buat duit mampu membantu dalam mendepani ekonomi moden. Ianya penting dalam memastikan keperluan persaraan mencukupi. Instrumennya pula pelbagai bergantung kepada tahap risiko. Maka memilih instrumen yang bersesuaian dengan keperluan kita adalah satu perkara yang perlu. Antara instrumen itu adalah simpanan biasa, tetap, unit amanah dan saham.
Dalam mengharungi ekonomi moden, mahu atau tidak kita harus menerima hakikat dimana kita perlu menggunakan instrumen ini untuk kelangsungan hidup.

Jadi dimana harus kita bermula?

Faedah Menabung Dalam Unit Amanah

Secara asasnya, unit amanah adalah salah satu dari pelbagai instrumen pelaburan. Ia diwujudkan bagi membantu para pelabur mendapatkan keuntungan. Reletif risikonya adalah rendah jika diambil kira dalam tempoh masa yang sederhana dan panjang (3 - 5 tahun).

Antara faedah menabung dalam unit amanah :
  1. Mendisiplinkan pelabur. Simpanan secara berkala dan boleh dilakukan secara autodebit serendah RM 200.00.
  2. Potensi pulangan yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan yang lain.
  3. Bagi meningkatkan tabungan persaraan.
Disiplin bermaksud menyimpan dalam sejumlah amaun secara tetap dan berkala. Dalam instrumen unit amanah kita boleh membuka akaun serendah RM 500.00 dan simpanan minimum RM 200.00 pada setiap bulan. Tiada halangan atau paksaan sekiranya amaun bulanan dihentikan.

Disamping kita menabung secara bulanan kita juga berpotensi menerima pulangan yang lebih berbanding dengan instrumen pelaburan yang lain. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut faedah menabung dalam unit amanah e-mail saya redzuan3828@yahoo.com.my

Apakah Maksud Unit Amanah?

Unit Amanah adalah salah satu instrumen pelaburan yang kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional.
Setiap dana mempunyai objektif pelaburan dan masa matang yang berbeza mengikut kesesuaian pelabur. Kebiasaanya masa matang dana adalah 3 ke 5 tahun.

Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan. Ia juga perlu mematuhi Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Ahad, Mei 10, 2009

Cuba Menyimpan Semaksimum Mungkin

"Save enough. You should try to save enough to cover at least one-third of your kids' total college costs." - Good Advise

Khamis, Mei 07, 2009

Bab 1 - Mengapa setiap orang memerlukan pelan kewangan ?

Pelan kewangan bermaksud satu proses mengurus dan merancang kewangan bagi mencapai matlamat atau sasaran (goal) dalam satu tempoh tertentu.

Secara asasnya terdapat 6 langkah :

  1. Pengurusan aliran tunai
  2. Perancangan Pelaburan
  3. Perancangan Perlindungan Takaful
  4. Perancangan Cukai
  5. Perancangan Persaraan
  6. Perancangan Pengagihan Harta
Pelan kewangan yang Baik perlu merangkumi 4 kunci utama dalam membina kekayaan iaitu :
  1. pengumpulan harta
  2. pengurusan harta
  3. perlindungan harta
  4. pengagihan harta

Setiap orang memerlukan pelan kewangan kerana ia membantu dalam mencapai impian. Setiap dari kita mempunyai impian berbeza. Ada yang ingin menunaikan ibadah haji di usia yang muda, bersara awal ( mempunyai dana yang mencukupi untuk bersara), melancong dan sebagainya.

Apa pun jua, kita pasti akan memiliki kereta mewah, rumah yang besar dan harta yang banyak jika kita berjaya melaksanakan pelan kewangan dengan baik, teratur dan penuh disiplin. Tiada jalan mudah dalam menjayakan pelan kewangan kita. Marilah kita sama-sama memulakan satu langkah yang kecil iaitu merancang pelan kewangan kita.

Perlukan bantuan email saya;

redzuan3828@yahoo.com.my

Erti Kekayaan

"It is not how much you earn; it is how you spend what you earn." - Good Advise

Memiliki gaji yang besar dengan peratusan tabungan yang sangat kecil merupakan satu perkara yang amat menyedihkan.

Setiap kali membaca artikel, buku dan majalah berkaitan tabungan, nasihat yang diberi adalah sama. Mereka menggesa kita untuk menyimpan. Simpanan biasanya dilakukan berasaskan peratusan gaji yang diterima setiap bulan. Ada yang menyarankan 10%, 30% dan 50% dari gaji yang diterima setiap bulan untuk simpanan. Namun terpulanglah pada kemampuan kita.

Apa yang penting amalan dan budaya menyimpan seharusnya menjadi satu perkara yang wajib kepada setiap kita dimana ianya boleh dimulakan dengan peratusan sekecil 10%.

Selain itu, mereka juga menegaskan disiplin menyimpan hendaklah dididik dan disemai sedari awal usia agar ia menjadi tabiat yang mudah apabila dewasa kelak.

Menyimpan membantu kita menguruskan hari persaraan dengan lebih baik.

Dunia Ini Penuh Kemungkinan ... Berusahalah

"If there were just one single thruth, it would not be possible to paint a hundred pictures on the same theme." - Pablo Picasso

Kena Usaha, Tak boleh Diam. Berdiri Tidak Membawa Kita Kemana-mana.

"Freedom is not given. It must be taken." - Meret Oppenheim

Ada Banyak Jalan untuk Kaya.

"I paint things as I think them not as I see them" - Pablo Picasso

Harus Ada Dana Kecemasan.

"Have an emergency fund. Have at least three months' income (some say six) in a high-yield savings account that can be easily accessed". - Good advise

Selasa, Mei 05, 2009

Tetapkan Badget dan Hiduplah dengannya

Set a budget. And live by it. Use a computer program or just a paper and pencil. Whatever works. - Good advise

Dunia Ini Tiada Masalah

"Dunia ini tiada masalah sehinggalah tiba saat kematian ... " - Prof Dato' Dr Harun Din, Masjid Kota Damansara.

Isnin, Mei 04, 2009

Memilih Untuk Tidak Memilih

"Memilih untuk tidak memilih" - myself

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T mengizinkan kita memilih dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Disinilah letaknya keagungan Allah S.W.T. menjadikan manusia khalifah di muka bumi ini. Manusia berbeza dengan haiwan kerana akal. Akal ini yang dapat menentukan apa yang ingin dipilih. Adakah seekor lembu mempunyai pilihan dalam menentukan menu makanannya?

Walaupun terkadang kita memilih perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T secara sedar atau tidak namun nikmat dan rezeki yang diberi tidak dikuranginya. Kitalah manusia yang sifatnya mudah lupa. Semoga kita diampunkan oleh Allah S.W.T. Maka berusahalah memilih jalan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan bertaqwalah kepadanya.

Jika kita amati setiap kejadian Allah S.W.T ianya berpasang-pasangan dimana sifatnya berlawanan dan memerlukan antara satu sama lain.

Cantik pasangannya hodoh, Baik pasangannya jahat, lemah pasangannya kuat dan seterusnya. Nah di sini kita telah diberi kebenaran untuk memilih? Sewajarnya kita menggunakannya dengan penuh tanggungjawab.

Begitu juga dengan kehidupan beragama. Jalan yang lurus atau yang sesat. Kita diberi pilihan dan kita bertanggungjawab ke atas pilihan kita. Berusahalah mencari jalan yang lurus kerana jalan yang sesat adalah sia-sia.

Setelah membuat ketetapan dalam memilih maka "memilih untuk tidak memilih" akan menjadikan kita seorang yang bersyukur kerana kita tidak akan menyalahkan sesiapa dalam setiap perkara yang telah kita lakukan.

Jangan jadi manusia yang "memilih untuk memilih-milih" kerana pasti akan ada banyak alasan sebelum, semasa dan selepas membuat pilihan.

Bak kata pepatah "Rumah Siap pahat berbunyi".

Menabunglah Untuk Pendidikan Anak Anda.

"Someone's sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago" - Warren Buffet

Perkaitan antara Kuasa Beli, Keperluan Asas dan Tabungan Persaraan

Apa yang pasti kuasa beli dan keperluan asas mempunyai kaitan yang rapat dengan Tabungan persaraan. Secara umum, keperluan asas seperti tempat berteduh dan kenderaan tidak lagi menjadi bebanan semasa persaraan. Ianya harus diselesaikan sebelum waktu bersara.

Apa yang lebih penting adalah keperluan makanan, kesihatan dan penyelenggaraan. Maka seharusnya tabungan persaraan ini mampu menyediakan keperluan tersebut dimana di masa persaraan kelak kuasa belinya adalah berbeza. Apa yang pasti keperluannya lebih besar sekiranya kita faham tentang inflasi dan perkaitannya terhadap kuasa beli.

Kudrat dan tenaga yang semakin berkurang di masa persaraan kelak menyebabkan kita perlu bersedia dari sekarang. Tabungan yang mencukupi akan menentukan keupayaan kuasa beli kita di masa hadapan.

Lebih awal kita bermula lebih panjang tempoh masa yang kita perolehi. Bermulalah sekarang dengan kemampuan yang ada.

Bolehkah kita ketahui jumlah tabungan semasa bersara?
Jawapannya adalah boleh.

1. Cuba anda cari berapakah kadar inflasi di Malaysia?

2. Cuba anda cari berapakah kadar dividen bagi KWSP?

3. Berapakah perbezaan antara Kadar dividen (KWSP) dengan Kadar Inflasi?

4. Perbezaan ini adalah Kadar tabungan sebenar

Cubalah kira untuk diri anda ....

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam e-mail saya,
redzuan3828@yahoo.com.my

Khamis, April 30, 2009

Makna Kuasa Beli

kuasa beli bermakna keupayaan seseorang dengan sejumlah wang membeli sesuatu barang.

Secara mudahnya, harga bertambah dan berkurang bergantung kepada kadar inflasi, permintaan dan R&D terkini.
Kadar inflasi dan permintaan agak sukar dibendung oleh kita secara individu. Sebagai contoh kalau harga gula naik takkan boikot minum air bergula. Berapa lama kita boleh tahan? Individu berseorangan pasti gagal menyelesaikan masalah yang bersifat majmuk.

R&D terkini pula membantu menurunkan harga barang. Apabila muncul barang terkini barang lama akan dijual dengan harga yang lebih murah. Ini adalah disebabkan kos sebenar adalah murah yang menyebabkan ianya mahal adalah upah R&D sesebuah barang. Maka kepada sesiapa yang ingin berjimat dalam memiliki gadget tunggu masa yang sesuai.

Apa yang pasti, kuasa beli terhadap barang keperluan akan berkurang. Ini akan menimbulkan masalah semasa persaraan kelak. Sudah pasti nilai tabungan sekarang tidak sama semasa bersara kelak.

Dulu rumah di KL sekitar RM 25,000.00 je tetapi sekarang harganya mencecah sehingga RM 250,000.00

Kenapa ye?

Rabu, April 29, 2009

Inflasi Ianya Bersifat Tetap

Inflasi adalah perkara yang tidak boleh diubah.
Ia bersifat tetap dan mampu menghakis tabungan kita, terutama tabungan persaraan kelak.
Harus kita fahami perkara yang tetap amat mustahil untuk diubah.

Sebagai contoh bolehkah kita meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia mengubah soalan mengikut selera kita. Soalan adalah bersifat tetap. Dalam senario ini menjawab sebaik mungkin merupakan jalan yang terbaik.

Sewajarnyalah dalam meningkat dan mempertahankan tabungan persaraan dari dihakis inflasi haruslah ada analisis, pelan serta pemantauan agar kesannya dapat dikurangkan.

Gunalah instrumen-instrumen yang berpotensi meningkatkan tabungan dan ketahui risikonya. Jangan takut mengambil risiko kerana berdiri tegak tidak membawa anda ke mana-mana.

Malah anda mungkin letih dan kebosanan. Sekiranya bergerak pasti banyak yang dapat dilihat. Permandangan yang indah pasti mencambahkan banyak idea dalam meningkatkan tabungan.

Sekarang anda yang tentukan berdiri tegak atau sebaliknya.
Inflasi tetap meningkat.

Oleh sebab itu, apabila membincangkan kesan inflasi teringat kata-kata ibuku semasa kecil, dimana di masa lampau nasi lemak berharga 10 sen ... sekarang barulah aku tahu mengapa fenomena ini berlaku. Yang pasti ia akan terus berlaku tanpa menunggu sesiapa. Maka yang nak berdiri, tunggu silakan. Tiada yang mencegah dan melarang. Manakala yang ingin bergerak pastikan belajar bertatih dahulu kemudian berjalan dan seterusnya berlari.

Inflasi oh inflasi. Tetap dan membisu bagai musuh dalam selimut. Terasa duit penuh ditangan tetapi kuasa semakin berkurangan. Terasa kaya duit ada beribu-ribu walhal bepuluh-puluh sahaja kalau dipegang oleh datuk di masa lampau.

Inflasi oh inflasi. Engkau lebih berkuasa atau kita. Lawan tetap lawan. Mesti ada usaha.
Yang kuat pasti menang.

Belajarlah mengambil sedikit risiko.
Di mana hendak bermula?
Apa kata belajar memahami apa yang boleh disumbangkan oleh Unit amanah dalam melawan hakisan inflasi.

Engkaulah Yang Dicari

Duit
Ia membuatkan dunia makmur ...
Ia bertenaga... Insan malas menjadi cergas ...

terkadang ia menjauh tak kelihatan ... mengundang nestapa ...
terkadang tak sempat dikira kerana banyaknya ...

duit perosak keluarga, agama dan bangsa ...
namun duit mampu membahagiakan alam seisinya ...

orang bergaduh kerananya ...
orang membenci kerananya ...
pembunuhan di sana-sini ... tidak berhenti ...
peragut bermaharajalela ... menjadi-jadi ...
Duit ... oh Duit ... Engkaulah puncanya ...

Duit halal pasti ada yang haram ...
Yang jahat dinamakan rasuah ...
yang baik dinamakan sedekah ...
Tapi politik wang di mana letaknya? ...

apapun juga ...
kita insan yang dikurniakan Allah S.W.T akal ...
berusahalah mencari duit yang halal ...
agar membahagiakan semua yang menikmatinya ...
di dunia dan akhirat ...

duit ... oh duit ... ceritanya pasti tak habis ...
semua insan pasti berhubung dengannya ...
berbaiklah dengannya ...
atau berkasarlah dengannya ...

Kita yang tentukan ...
pasti duit penentu persaraan ...
Ganjaran di masa hadapan,

Dari perkara yang dilakukan kini ...

Duit ... oh Duit ... bersediakah kita?
menampung kehidupan di hari persaraan ...

Redzuan Ayub

Matlamat Blog ini ... mengurus tabungan

Bismillahirahmanirahim....
assalamualaikum kepada semua bakal pesara ....

Atas niat untuk membantu membina asas tabungan diri yang kukuh, maka terwujudlah blog ini.

Disamping mendidik diri, diharap ilmu ini akan membantu saudara di luar sana. Yang baik pastinya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari saya sendiri.

Memahami konsep wang, inflasi, harga dan nilai memudahkan kita menguruskan kewangan semasa bagi menuju asas tabungan yang kukuh di masa persaraan kelak.

Semoga segala perkara yang disampaikan akan memberi manfaat kepada kita semua.

Ingatlah masa yang paling sesuai untuk kita bermula adalah sekarang!!!!! Jangan bertangguh ...

Jika tidak, pasti kita bangun keesokan hari dengan tabungan yang hanya cukup untuk beberapa tahun ...

Rancanglah sekarang dan istiqamah, semoga kita akan menikmatinya.
Ingatlah, setiap perkara haruslah mematuhi prinsip syariah kerana perkara yang bertentangan dengan agama adalah rugi dan sia-sia.

"Someone's sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago" - Warren Buffet

Jadilah orang yang menanam pokok ... Insaallah.

Assalamualaikum ...
Redzuan Ayub